AWANI Pagi: Guru & Pelajar |Titik Seimbang Keselamatan Pelajar & Guru
Kes seorang bekas pelajar yang berjaya memenangi saman kecuaian terhadap pihak sekolah selepas mengalami kecederaan serius ketika aktiviti Pendidikan Jasmani membuka semula perdebatan mengenai tanggungjawab sekolah dalam memastikan keselamatan pelajar. Pada masa sama, cadangan menggubal Akta Perlindungan Guru turut menjadi perhatian bagi melindungi guru yang bertindak dengan suci hati dan mengikut prosedur. Persoalannya, bagaimana memastikan hak dan keselamatan pelajar terus terpelihara tanpa meletakkan guru dalam keadaan sentiasa dibayangi risiko tindakan undang-undang? Di manakah titik seimbang antara akauntabiliti dan perlindungan?