Sistem saringan berjadual itu perlu dijadikan prosedur wajib bagi mengesan pelajar berisiko tinggi pada peringkat awal sebelum tekanan yang dialami membawa kepada tindakan di luar kawalan.
Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk melaksanakan kajian semula terhadap pelaksanaan e-invois dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan pekerja bukan warganegara.
Kerajaan menegaskan Projek Pembangunan Tapak Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan di Hulu Semenyih, Selangor telah dirancang sejak 2005 bagi menangani kekurangan tapak perkuburan Islam di Kuala Lumpur selain mengurangkan kesesakan lalu lintas di Semenyih.
Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan geran RM15.77 juta kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 2025, meningkat RM2.2 juta berbanding RM13.55 juta pada 2024.
Seorang pemimpin perlu terus belajar dan berasimilasi dengan pendekatan baharu tanpa mengabaikan asas penting seperti kepercayaan, nilai dan akhlak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembaziran makanan isi rumah di Malaysia berkait rapat dengan perubahan gaya hidup dan peningkatan tahap pendapatan, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Polis mengesahkan seorang kerani wanita mengalami kerugian RM970,000 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pengurus syarikat di tempatnya bekerja menerusi aplikasi WhatsApp semalam.
Sebanyak 242,063 pendatang tanpa izin daripada 112 negara telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi Program Repatriasi Migran yang dilaksanakan sejak 15 Mei 2025 hingga Jun tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan beberapa agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera terhadap beberapa isu melibatkan komuniti nelayan di Pasir Gembur, Tanjung Bidara.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) serta Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, memulakan prosiding komital terhadap enam individu yang didakwa melanggar perintah injunksi ad interim pada 5 Jun lepas.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyeru semua pihak supaya menghentikan serta-merta penyebaran sebarang kandungan yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak di media sosial dan platform digital lain.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi program "Gate to Global", yang memberi tumpuan memperluas pasaran produk usahawan bumiputera ke peringkat antarabangsa.