Skip to main content
AWANI Pagi: Anak Yatim | Bukan Sekadar Diberi Bantuan, Tapi Bina Masa Depan

AWANI Pagi: Anak Yatim | Bukan Sekadar Diberi Bantuan, Tapi Bina Masa Depan

Setiap anak berhak membesar dengan kasih sayang, pendidikan dan peluang yang sama untuk mengejar impian. Namun bagi anak yatim, kehilangan insan tersayang pada usia muda bukan sahaja meninggalkan kesan emosi, malah turut membawa cabaran dalam aspek pendidikan, kewangan dan pembentukan masa depan.

Sering kali anak yatim dilihat sebagai golongan yang memerlukan simpati dan bantuan. Tetapi lebih daripada itu, mereka memerlukan sokongan berterusan untuk diperkasa agar mampu berdikari, yakin pada diri sendiri dan menjadi individu yang berjaya.

Persoalannya, sejauh mana usaha masyarakat dan institusi kebajikan dalam membantu anak-anak yatim membina kehidupan yang lebih baik?