Skip to main content

Dunia

Belgium catat kira-kira 2,000 lebihan kematian semasa gelombang haba

61746603456_cuacapanas.jpg
Angka terkini itu mewakili lebihan mortaliti sebanyak 48 peratus, berbanding 1,747 lebihan kematian yang dilaporkan sebelum ini. - Gambar fail

ISTANBUL: Belgium mencatatkan kira-kira 2,000 lebihan kematian semasa gelombang haba pada Jun dan awal Julai, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Agensi Berita Belga pada Jumaat, selepas institut kesihatan awam negara itu, Sciensano, menyemak semula anggaran yang diterbitkan minggu lepas dengan menaikkannya.

Sciensano memaklumkan angka terkini itu mewakili lebihan mortaliti sebanyak 48 peratus, berbanding 1,747 lebihan kematian yang dilaporkan sebelum ini.

Institut itu menjelaskan bahawa semakan itu dibuat berikutan kelewatan pendaftaran kematian serta mengambil kira dua hari tambahan dalam analisis selepas kadar kematian kekal lebih tinggi daripada jangkaan susulan gelombang haba.

Data terkini itu meliputi tempoh dari 18 Jun hingga 3 Julai.

Menurut institut itu, Wallonia merupakan wilayah paling teruk terjejas, diikuti Brussels dan Flanders.

Sciensano memaklumkan angka terbaharu itu merupakan lebihan mortaliti tertinggi yang pernah direkodkan semasa gelombang haba sejak rekod mula disimpan pada tahun 2000.

Belgium mencatatkan 1,557 lebihan kematian semasa gelombang haba pada Ogos 2020, bersamaan lebihan mortaliti sebanyak 37.5 peratus.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement