Skip to main content
AWANI Pagi | PRN Johor: Potensi Kukup sebagai hub eko pelancongan

AWANI Pagi | PRN Johor: Potensi Kukup sebagai hub eko pelancongan

Johor bukan sahaja terkenal sebagai negeri perindustrian dan pintu masuk utama negara, malah turut memiliki khazanah alam semula jadi yang berpotensi menjadi pemangkin ekonomi setempat. Salah satu kawasan yang semakin mendapat perhatian ialah Kukup, yang terkenal dengan keunikan hutan paya bakau, perkampungan nelayan dan kepelbagaian biodiversitinya. Persoalannya, sejauh mana potensi Kukup boleh dibangunkan sebagai hab eko pelancongan yang mampu menarik lebih ramai pelancong, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar?