Skip to main content
NCSS 2026: Malaysia perkukuh kedaulatan digital

NCSS 2026: Malaysia perkukuh kedaulatan digital

NACSA akan menganjurkan National Cyber Security Summit (NCSS) 2026 selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Julai ini dengan tema "Strengthening Sovereign Resilience", yang memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kedaulatan digital negara. Sebanyak 41 sesi akan berlangsung sepanjang program, meliputi forum strategi keselamatan siber, jenayah siber, perlindungan data peribadi, teknologi kriptografi, kecerdasan buatan (AI), pembangunan bakat serta pembentangan teknikal.