Pertubuhan tawar runtuhkan Flat Sungai Pari secara percuma
Pertubuhan Peniaga-Peniaga India Negeri Perak menawarkan untuk merobohkan Flat Sungai Pari di Buntong secara percuma bagi menangani isu keselamatan yang semakin membimbangkan. Tawaran itu dibuat susulan pelbagai aduan berkaitan aktiviti jenayah, penyalahgunaan dadah dan insiden tragis yang berlaku di bangunan terbiar berkenaan, yang pernah menjadi mercu tanda ikonik bandar Ipoh.