Skip to main content

Malaysia

Warga emas di Miri rugi RM367,300 akibat pelaburan tidak wujud

81754639579_scam.jpg
Seorang lelaki warga emas di Miri mengalami kerugian lebih RM360,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial. - Foto hiasan

KUCHING: Seorang lelaki warga emas di Miri mengalami kerugian lebih RM360,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata berdasarkan laporan diterima semalam, mangsa telah melihat satu iklan pelaburan di media sosial sebelum menekan pautan disediakan dan berurusan dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan.

“Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat sebelum membuat 48 transaksi ke tiga akaun bank dari 9 Jun hingga 20 Julai lepas, membabitkan jumlah keseluruhan RM367,300,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas suspek memberikan pelbagai alasan apabila warga emas itu ingin menuntut keuntungan daripada pelaburan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement