Nigeria desak Afrika Selatan bertindak tegas henti serangan migran
Nigeria menggesa Afrika Selatan memperkukuhkan tindakan bagi mengekang serangan xenofobia terhadap rakyat Nigeria dan migran Afrika lain susulan insiden keganasan yang semakin membimbangkan. Abuja turut mempersoalkan keberkesanan respons pihak berkuasa selepas beberapa serangan dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya empat individu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.