Skip to main content

Dunia

Iran tuntut pampasan, rugi 230 juta meter padu kapasiti gas sehari akibat perang

Iranian government spokesperson Fatemeh Mohajerani attends a press conference, amid a ceasefire between U.S. and Iran, at the Tarasht power plant in Tehran, Iran, April 28, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Menurut Fatemah (foto), kemerosotan pengeluaran tersebut berpunca daripada kerosakan terhadap kemudahan pemprosesan gas dan infrastruktur tenaga susulan siri serangan sejak konflik tercetus. -Gambar fail/Reuters

TEHRAN: Iran kehilangan kira-kira 230 juta meter padu kapasiti pengeluaran gas asli sehari akibat konflik berterusan membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Jurucakap kerajaan Iran, Fatemeh Mohajerani, mengumumkan perkara itu dalam sidang media yang disiarkan televisyen negara pada Selasa.

Menurut beliau, kemerosotan pengeluaran tersebut berpunca daripada kerosakan terhadap kemudahan pemprosesan gas dan infrastruktur tenaga susulan siri serangan sejak konflik tercetus.

Iran turut menuntut pampasan daripada AS dan Israel atas kemusnahan yang ditanggung negara itu sepanjang konflik berkenaan.

Berdasarkan anggaran awal kerajaan Iran, kerugian langsung dan tidak langsung akibat perang itu mencecah AS$270 bilion (kira-kira RM1.15 trilion).

Mohajerani berkata angka berkenaan masih bersifat awal dan penilaian lebih menyeluruh sedang dijalankan melibatkan kerosakan infrastruktur, kehilangan hasil serta kesan terhadap sektor perindustrian negara.

Beliau turut menegaskan bahawa isu pampasan perang merupakan antara perkara yang dibangkitkan Tehran dalam rundingan dengan Washington.

Setakat ini, White House dan kerajaan Israel masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tuntutan pampasan yang dikemukakan Iran.

 

 

Must Watch Video

Advertisement