Zelenskiy dakwa Rusia mahu bawa 30,000 tentera Korea Utara ke Ukraine
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy mendakwa Rusia sedang bersiap untuk membawa masuk tambahan 30,000 tentera Korea Utara bagi menyertai perang di Ukraine. Beliau turut mendakwa Rusia menyalurkan imej satelit kepada Iran bagi membantu operasi ketenteraan Tehran.