Skip to main content

Malaysia

Putera Salman dari Bahrain dan Anwar tegaskan hubungan erat, tingkatkan kerjasama

Prince Salman Anwar_AWANI
Komitmen itu dinyatakan menerusi panggilan telefon antara kedua-dua pemimpin pada Ahad, menurut Agensi Berita Bahrain (BNA). - Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Komitmen itu dinyatakan menerusi panggilan telefon antara kedua-dua pemimpin pada Ahad, menurut Agensi Berita Bahrain (BNA). 

Semasa perbualan itu, Putera Salman dan Anwar menekankan hubungan mendalam antara Bahrain dan Malaysia serta komitmen kedua-dua pihak untuk memajukan kerjasama dalam pelbagai sektor yang mempunyai kepentingan bersama.

Kedua-dua pihak turut membincangkan langkah untuk terus memperkasakan kerjasama pelbagai sektor, di samping perkembangan serantau dan antarabangsa.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement