Skip to main content
Penduduk diarah keluar selepas rumah terbenam akibat tanah runtuh

Penduduk diarah keluar selepas rumah terbenam akibat tanah runtuh

Kejadian tanah runtuh di Kampung Desa Aman pada petang Khamis menjejaskan dua buah rumah selepas runtuhan tanah menghempap bahagian dapur kediaman terbabit. Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh yang menerima panggilan kecemasan pada jam 6.09 petang segera menggerakkan pasukan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan keselamatan. Tiada mangsa dilaporkan cedera, namun penghuni diarahkan berpindah ke kawasan selamat sebagai langkah berjaga-jaga. Anggota bomba turut mengesan kebocoran gas LPG dan menjalankan kerja pengudaraan bagi mengelakkan risiko kebakaran atau letupan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.59 malam.