Skip to main content
Hilang lima hari, remaja ditemui meninggal dunia

Hilang lima hari, remaja ditemui meninggal dunia

Kehilangan seorang pelajar Tingkatan Tiga dari Felda Simpang Waha, Kota Tinggi sejak lima hari lalu berakhir dengan berita duka apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 8.2, Jalan Kluang-Kota Tinggi awal pagi Jumaat. Mangsa, Muhammad Nasrulhaq Kamaruzaman, 15 tahun, ditemui bersama motosikal yang ditungganginya. Siasatan awal polis mendapati remaja itu dipercayai terbabit dalam kemalangan selepas motosikalnya terbabas sendiri. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.