Pengasas Network School, Balaji Srinivasan berpendapat siasatan yang dijalankan telah memberi kesan kepada reputasi syarikat dan sentimen pelaburan. Dalam masa sama, beliau memohon pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan kemungkinan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan memperkukuh kerjasama serta memulihkan keyakinan komuniti teknologi global terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan.