Skip to main content
White House dakwa Iran masih mahu runding

White House dakwa Iran masih mahu runding

White House memaklumkan bahawa Iran masih meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat dan menunjukkan keinginan untuk mencapai persetujuan baharu, meskipun ketegangan antara kedua-dua negara terus meningkat. Washington mendakwa Tehran melanggar memorandum persefahaman yang dipersetujui, termasuk berkaitan keselamatan pelayaran di Selat Hormuz, sehingga mencetuskan siri serangan terbaharu dan mengancam gencatan senjata yang dicapai sebelum ini.