Skip to main content

Malaysia

Wartawan muda Astro Arena menang Anugerah Media MBPJ 2026

Sumber: Stadium Astro
Husna membuktikan usia bukan penghalang untuk menghasilkan laporan berkualiti, kreatif dan memberi impak kepada penonton.

KUALA LUMPUR: Wartawan muda Astro Arena, Husna Zainudin, melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai wartawan pertama Astro Arena yang memenangi Anugerah Liputan Sukan Terbaik Media Elektronik pada Majlis Anugerah Media MBPJ 2026 yang berlangsung malam tadi.  

Kemenangan itu bukan sahaja menjadi pencapaian terbesar dalam kerjaya Husna setakat ini, malah turut mencipta rekod baharu buat Astro Arena apabila buat julung kalinya membawa pulang pengiktirafan dalam kategori liputan sukan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi laporan Soh Wai Ching bawa nama MBPJ pecah Guiness World Record.

Sebagai antara wajah baharu dalam dunia kewartawanan sukan negara, Husna membuktikan usia bukan penghalang untuk menghasilkan laporan berkualiti, kreatif dan memberi impak kepada penonton.

Pengiktirafan tersebut turut mencerminkan komitmen Astro Arena dalam melahirkan barisan wartawan generasi baharu yang mampu mengangkat standard kewartawanan sukan di Malaysia.

Majlis Anugerah Media MBPJ merupakan platform tahunan yang mengiktiraf pengamal media atas sumbangan mereka dalam menghasilkan laporan berkualiti serta memperkukuhkan hubungan strategik antara media dan pihak berkuasa tempatan.  

Kejayaan Husna dijangka menjadi inspirasi kepada lebih ramai wartawan muda, khususnya Generasi Z, untuk terus berkarya, berani meneroka idea baharu dan menghasilkan liputan yang mampu memberi impak kepada industri media negara.

Teruskan sokongan anda bersama Nadi Arena dan Stadium Astro! - Stadium Astro

 

Must Watch Video

Advertisement