Skip to main content

Malaysia

Haim Hilman bergari di mahkamah ikut prosedur - Polis

SEREMBAN – Polis mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah digari ketika dibawa ke kaunter pembayaran wang jaminan di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada Khamis lalu.  Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, itu adalah prosedur yang ditetapkan kerana pada ketika itu beliau masih tertakluk kepada perintah mahkamah.  Bagaimanapun katanya, gari yang dipakai kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah itu dibuka sebaik sahaja
Haim Hilman dibawa polis ke mahkamah dan Mohd Yatim (kiri). -Foto Sinar Harian

SEREMBAN: Polis mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah digari ketika dibawa ke kaunter pembayaran wang jaminan di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, itu adalah prosedur yang ditetapkan kerana pada ketika itu beliau masih tertakluk kepada perintah mahkamah.

Bagaimanapun katanya, gari yang dipakai kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah itu dibuka sebaik sahaja beliau selesai membayar wang jaminan.

"Bahagian Hal Ehwal Awam (Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban) mengesan satu hantaran tular di media sosial yang mempersoalkan tindakan menggari Haim Hilman sebagai orang kena tuduh (OKT) didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang lazimnya tidak melibatkan tangkapan di Mahkamah Majistret Seremban pada 26 Jun lalu.

"Untuk makluman, maklumat yang menunjukkan ADUN berkenaan berada dalam keadaan bergari adalah benar dan beliau mula digari dari dalam mahkamah sehingga ke kaunter pembayaran wang jaminan.

"Gari telah dibuka sebaik sahaja beliau selesai membayar wang jaminan di kaunter mahkamah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak lengkap sehingga boleh mengelirukan masyarakat.

Sebelum ini media melaporkan Haim Hilman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan orang awam berhubung kenyataannya kononnya universiti awam menjual tempat kepada golongan tertentu.

Mengikut pertuduhan, beliau dengan niat telah menyebabkan kebimbangan kepada orang awam yang demikian mana-mana orang mungkin terdorong untuk melakukan kesalahan terhadap ketenangan awam.

Antara kenyataan yang dikeluarkan adalah ‘Apa berlaku di IPTA hari ini? Universiti sedang menjual tempat-tempat untuk anak-anak kita kepada orang ada duit.

"Bukan salah ibu ayah yang ada kemampuan, salah kerajaan tidak menambah tempat di universiti. Dah tahu orang makin ramai pandai, jumlah di fakulti tidak ditambah. Inilah bala yang sedang melanda negara kita'."

Kesalahan terbabit dilakukan pada 13 Jun 2026 di antara jam 8 malam hingga 12 tengah malam di Markas Pas Seremban di sini. -Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement