Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Giliran jurulatih Korea Selatan letak jawatan

https://stadiumastro.com/sukan/piala-dunia-2026-giliran-jurulatih-korea-selatan-letak-jawatan
Hong memohon maaf kepada rakyat yang mencintai bola sepak Korea dan sentiasa menyokong pasukan kebangsaan.

GUADALAJARA, MEXICO: Hong Myung-bo meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Korea Selatan susulan penyingkiran negara itu di peringkat kumpulan dalam kempen Piala Dunia 2026.

Hong membuat pengumuman itu di kem Latihan pusat di Guadalajara, Mexico apabila pasukannya sekadar menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan ketiga dengan tiga mata selepas melakar satu kemenangan dan dua kali tewas. 

"Saya ingin memohon maaf kepada rakyat yang mencintai bola sepak Korea dan sentiasa menyokong pasukan kebangsaan.

"Hari ini saya meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan, membuat keputusan ini bukan mudaH buat saya." kongsinya.

Hong dilantik sebagai jurulatih pada Julai 2024 sebagai pengganti jangka masa panjang untuk mengemudi negara itu dalam penampilan di pentas Piala Dunia ke-11 berturut-turut.

Korea bermula dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech namun tewas kepada Mexico dan Afrika Selatan sekali gus gagal mara ke pusingan seterusnya. - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement