Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Kanada cipta sejarah mara ke pusingan 16 terakhir

Canada's Stephen Eustaquio celebrates scoring their first goal with teammates as coach Jesse Marsch reacts during the last-32 World Cup clash with South Africa at Los Angeles Stadium on Jun 28, 2026. (Photo: REUTERS/Matthew Childs)
Pemain Kanada, Stephen Eustaquio meraikan jaringan gol pertama bersama rakan sepasukan ketika jurulatih Jesse Marsch memberi reaksi dalam aksi pusingan 32 Piala Dunia menentang Afrika Selatan di Stadium Los Angeles pada Ahad. - Gambar Reuters

LOS ANGELES: Kanada mencipta sejarah apabila mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 buat kali pertama selepas menewaskan Afrika Selatan 1-0 dalam aksi pusingan 32.

Gol kemenangan dramatik dijaringkan oleh Stephen Eustaquio pada masa kecederaan, sekali gus memastikan kemaraan skuad tuan rumah bersama itu ke kelompok 16 pasukan terbaik dunia.

Perlawanan yang berlangsung sengit itu dilihat bakal berlanjutan ke masa tambahan sebelum Eustaquio muncul wira dengan rembatan tepat dari luar kotak penalti pada minit-minit akhir.

Kejayaan tersebut bukan sahaja menghadiahkan kemenangan penting, malah menandakan pencapaian terbaik Kanada dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia.

Kanada sebelum ini turut mencipta sejarah apabila berjaya mara ke peringkat kalah mati buat kali pertama selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua.

Dalam aksi seterusnya, Kanada dijadualkan bertemu pemenang antara Belanda dan Maghribi bagi merebut tempat ke suku akhir. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement