Skip to main content

Malaysia

Masjid dan surau di Terengganu adakan solat hajat khas untuk Sultan Mizan

71745747253_TBSULTANMIZAN.jpg
JHEAT turut memohon kerjasama semua jawatankuasa pengurusan masjid dan surau agar melaksanakan arahan tersebut mengikut ketetapan yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di seluruh negeri Terengganu diarahkan mengadakan solat hajat khas esok bagi mendoakan kesejahteraan serta kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut kenyataan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang disiarkan menerusi portal rasmi Kerajaan Negeri Terengganu, solat hajat itu akan diadakan selepas Solat Jumaat di semua masjid di negeri ini.

Bagi surau pula, JHEAT menetapkan pelaksanaan solat hajat berkenaan diadakan selepas solat Isyak pada hari yang sama.

Solat hajat itu diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Sultan Mizan dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan yang berpanjangan serta dipermudah segala urusan.

JHEAT turut memohon kerjasama semua jawatankuasa pengurusan masjid dan surau agar melaksanakan arahan tersebut mengikut ketetapan yang ditetapkan.

Pada masa sama, jabatan itu menyeru orang ramai supaya hadir bersama-sama menyertai solat hajat berkenaan di masjid dan surau berhampiran.


 

Must Watch Video

Advertisement