Skip to main content

Dunia

IRGC dakwa sasar kedudukan tentera AS di rantau sebagai tindak balas

Vessels in the Strait of Hormuz near the beach of Bandar Abbas, Iran, June 21, 2026. Amirhosein Khorgooi/ISNA/via WANA (West Asia News Agency)via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. ISRAEL OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN ISRAEL. NO ACCESS FOR ISRAELI MEDIA. NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSIAN. NO USE MANOTO. NO USE IRAN INTERNATIONAL. NO USE RADIO FARDA. DIGITAL: NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSIAN. NO USE MANOTO. NO USE IRAN INTERNATIONAL. NO USE RADIO FAR
Perkembangan ini menandakan peningkatan ketegangan antara Iran dan AS, khususnya berkaitan keselamatan di Selat Hormuz. - Foto fail/REUTERS

TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan bahawa pihaknya telah menyasarkan lokasi tentera Amerika Syarikat (AS) di rantau berkenaan sebagai tindak balas terhadap serangan udara Washington ke atas Iran.

Menurut kenyataan pejabat media IRGC yang disiarkan agensi berita Tasnim dan IRNA, pasukan tentera laut Iran telah melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi yang menempatkan pasukan AS, namun tidak memperincikan lokasi atau butiran operasi tersebut.

Dalam kenyataan sama, IRGC mengecam tindakan AS yang didakwa melancarkan serangan udara ke kawasan pesisir Iran.

“Amerika Syarikat, seperti biasa, telah melanggar komitmennya dan melancarkan serangan udara ke pantai Iran,” menurut kenyataan itu.

IRGC turut mendakwa tindakan tersebut mencabuli perjanjian yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan dan pergerakan di Selat Hormuz, laluan perdagangan penting dunia.

Menurut IRGC, berdasarkan Artikel 5 dalam memorandum persefahaman, terdapat pengaturan antara pihak berkuasa berkaitan bagi mengawal lalu lintas di Selat Hormuz bersama Iran.

Namun, mereka mendakwa tindakan AS yang “menghasut pelbagai pihak” telah cuba menggugat komitmen tersebut.

“Tindakan ini telah ditangani dengan respons yang sewajarnya,” kata IRGC.

IRGC turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif lanjut akan dibalas dengan lebih tegas.

“Jika pencerobohan ini berulang, respons kami akan menjadi lebih meluas,” tegas kenyataan itu.

Perkembangan ini menandakan peningkatan ketegangan antara Iran dan AS, khususnya berkaitan keselamatan di Selat Hormuz, yang merupakan laluan kritikal bagi perdagangan global.

Penganalisis melihat pertukaran tuduhan dan tindakan balas antara kedua-dua pihak berisiko mencetuskan konflik lebih besar, dengan implikasi terhadap kestabilan serantau dan ekonomi dunia.

 

Must Watch Video

Advertisement