Skip to main content

Dunia

Indonesia catat lebihan dagangan produk halal AS$51 bilion pada 2025

MUAR, 13 Jan -- Buah sawit yang telah di kait dan sedia untuk dihantar ke kilang untuk di proses ketika sesi lawatan media ke ladang sawit Felda Maokil baru-baru ini._BERNAMA
Minyak sawit dan derivatifnya kekal sebagai kategori eksport halal terbesar Indonesia dengan nilai AS$34.16 bilion. - Gambar hiasan

JAKARTA: Indonesia mencatat lebihan dagangan produk halal sebanyak AS$51.17 bilion pada 2025, disokong eksport bernilai AS$63.42 bilion, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dyah Roro Esti Widya Putri pada Isnin, lapor Xinhua.

Minyak sawit dan derivatifnya kekal sebagai kategori eksport halal terbesar negara itu dengan nilai AS$34.16 bilion, diikuti produk fesyen Muslim bernilai AS$8.67 bilion dan bahan kimia digunakan dalam kosmetik halal bernilai AS$5.46 bilion.

Pada suku pertama 2026, eksport produk halal Indonesia mencecah AS$15.64 bilion, meningkat 2.52 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, kata pegawai itu.

Kerajaan merancang meningkatkan usaha promosi, pemudah cara eksport dan peluasan pasaran, khususnya di Amerika Latin, Afrika dan Amerika Utara bagi menambah bahagian pasaran global produk halal Indonesia.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement