Skip to main content

Dunia

Brazil tolak tarif baharu AS, akan bawa isu ke WTO

71763546867_TBUSTARIFFS.jpg
Tarif AS terhadap puluhan negara yang didakwa lemah menguatkuasakan larangan berkaitan buruh paksa akan berkuat kuasa pada Jumaat. - Gambar hiasan

RIO DE JANEIRO: Brazil pada Khamis membantah keputusan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif 12.5 peratus terhadap produknya dan memaklumkan akan membawa pertikaian itu ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), lapor Xinhua.

Menurut kerajaan Brazil, siasatan perdagangan Seksyen 301 itu dilakukan secara “sewenang-wenangnya dan tanpa justifikasi”, manakala isu buruh paksa dijadikan alasan oleh AS untuk mengenakan langkah perdagangan bersifat perlindungan.

Menurut kerajaan, Washington telah “memanipulasi isu yang amat penting kepada hak asasi manusia dan perjuangan pekerja di seluruh dunia”, meskipun Brazil telah mengemukakan dokumen serta penjelasan mengenai perundangan dan mekanisme penguatkuasaannya sepanjang siasatan berkenaan.

Brazil memaklumkan akan segera memulakan prosedur untuk menggunakan mekanisme tindak balas di bawah “Undang-Undang Timbal Balas” negara itu, selain membawa perkara berkenaan ke mekanisme penyelesaian pertikaian WTO.

Tarif AS terhadap puluhan negara yang didakwa lemah menguatkuasakan larangan berkaitan buruh paksa akan berkuat kuasa pada Jumaat.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement