[TERKINI] Ketibaan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di pekarangan Istana Bukit Serene
Suasana terkini bagi istiadat pelantikan semula Datuk Onn Hafiz Ghazi di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menyusul selepas Barisan Nasional mencatatkan kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 semalam.