Pengundi muda berusia antara 18 hingga 25 tahun dikategori sebagai kritikal kerana golongan ini mudah terpengaruh hasutan dan fitnah yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.