Skip to main content
Tema Hari Kebangsaan 2026 ‘Kesejahteraan Dinikmati’

Tema Hari Kebangsaan 2026 ‘Kesejahteraan Dinikmati’

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Kerajaan menetapkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 iaitu “Kesejahteraan Dinikmati” dengan logo Malaysia MADANI dikekalkan sebagai identiti rasmi sambutan.

Beliau berkata tema itu mencerminkan visi negara maju, inklusif dan harmoni dengan penekanan bahawa kesejahteraan harus dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa pengecualian.