Komitmen reformasi pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya diteruskan - Fahmi
Datuk Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-Undang pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai langkah reformasi besar kerajaan.
Beliau berkata kerajaan bersedia membentangkannya di sesi Parlimen kali ini untuk diluluskan selepas mengambil kira libat urus dan dapatan Jawatankuasa Pilihan Khas, dengan sokongan majoriti dua pertiga diperlukan.