Lawatan PM ke Turkmenistan perkasa pelaburan gas Petronas - Fahmi
Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkmenistan disifatkan sebagai kejayaan luar biasa selepas Petronas diberi hak mengusahakan dua telaga gas baharu, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pengeluar gas terbesar dunia.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kejayaan itu dijangka meningkatkan pulangan kepada negara menerusi dividen Petronas yang boleh dimanfaatkan bagi pembangunan Malaysia.