ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Jun 2026.
RTM, Astro perkukuh kerjasama perhebat pembangunan kandungan tempatan
RTM dan Astro komited memperluas inisiatif yang mampu merancakkan pembangunan kandungan tempatan selain memperkasa bakat kreatif negara.
PRN Johor: Suraya calon tunggal Pejuang wakili PN, bertanding di Gambir
Mukhriz memaklumkan, Suraya merupakan calon tempatan dan pemimpin politik yang aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Adinda Sultan Selangor mangkat
Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau, di Seksyen 12, pada Jumaat. Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata, Almarhum Tengku Putri Arafiah, 72, mangkat pada kira-kira 10.15 pagi kerana sakit tua.
Anwar gesa kempen sopan, elak politik angkuh
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti politik supaya menjalankan kempen pilihan raya secara sopan dan berakhlak serta mengelakkan sikap angkuh dalam usaha meraih sokongan rakyat.
Kasih sayang ibu terhadap Zara Qairina tidak dibuat-buat, ikhlas - Pakar psikiatri
Pakar psikiatri, Dr Wong Haw Huo berpendapat bahawa kasih sayang yang ditunjukkan ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir terhadap anaknya tidak dibuat-buat dan adalah ikhlas berdasarkan keseluruhan penilaian klinikal serta bukti yang dikumpulkan sepanjang siasatan.
23 jam tangan mewah, 15 barang kemas adik ipar bekas PTD diisytihar harta kerajaan
Sebanyak 23 utas jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada adik ipar bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Nor Shahira Atirah Anuar @ Kamaruddin, pada Jumaat secara rasmi menjadi harta kerajaan.
Mahkamah tolak semakan, Isa Samad kekal dipenjara, denda RM15.45 juta
Datuk Mohd Isa Abdul Samad kekal dipenjarakan enam tahun dan didenda RM15.45 juta selepas Mahkamah Persekutuan pada Jumaat menolak permohonan bekas Pengerusi FELDA itu untuk mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel terdahulu yang mengembalikan sabitan dan hukuman berkenaan.
BUDI Diesel: Kerajaan setuju laksana beberapa penambahbaikan
Kerajaan bersetuju melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap pelaksanaan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bagi memastikan peralihan kepada mekanisme itu berjalan lancar menjelang akses awal yang bermula pada Sabtu (27 Jun) di Semenanjung Malaysia.
Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos - JPA
Jemaah Menteri hari ini bersetuju melaksanakan Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma baharu dalam Perkhidmatan Awam berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini, demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Kerajaan menyasarkan untuk memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya sebelum sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini berakhir.