Skip to main content
Mesyuarat MB, Ketua Menteri fokus pemulihan ekonomi, persiapan negara berdepan El Nino

Mesyuarat MB, Ketua Menteri fokus pemulihan ekonomi, persiapan negara berdepan El Nino

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 pada Selasa menumpukan usaha memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan ketidaktentuan global yang berpunca akibat konflik Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat itu turut membincangkan pelbagai inisiatif kerajaan bagi memastikan ekonomi negara kekal berdaya tahan dalam berdepan kesan ketegangan geopolitik yang memberi impak kepada ekonomi dunia.