Skip to main content
Penjaga gol Palestin maut, tinggalkan isteri hamil anak sulung

Penjaga gol Palestin maut, tinggalkan isteri hamil anak sulung

Penjaga gol Palestin, Saleem Al-Ashqar dilaporkan terkorban dalam serangan terbaru Israel di Gaza. Pemergian atlet berusia 32 tahun itu mengundang kesedihan mendalam dalam komuniti sukan Palestin, terutama apabila beliau baru mendirikan rumah tangga lima bulan lalu dan isterinya kini sedang hamil anak pertama mereka.