Kerajaan memperkukuh perlindungan kanak-kanak dalam talian menerusi pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (Child Protection Code - CPC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866). Antara ketetapan baharu ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan mekanisme pengesahan umur bagi memastikan hanya pengguna yang memenuhi syarat umur dibenarkan memiliki akaun.