Kerajaan menyasarkan 25,000 individu menerima manfaat menerusi inisiatif BAKAT MADANI menjelang pertengahan 2026. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan inisiatif itu bergantung kepada kestabilan politik, perpaduan rakyat dan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Sementara itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan pembangunan bakat perlu dianggap sebagai infrastruktur ekonomi negara yang sama penting dengan pembangunan fizikal.