Skip to main content

Malaysia

MUDA kecewa penangguhan keputusan kes Syed Saddiq

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz (AWANI)
Amira Aisya turut hadir memberi sokongan kepada Syed Saddiq di Mahkamah Persejutuan, Putrajaya, hari ini, bagi mendengar prosing keputusan rayuan akhir pedakwaan terhadap Ahli Parlimen Muar itu. - Gambar Astro AWANI

PUTRAJAYA: Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz menyatakan rasa kecewa yang mendalam berikutan penangguhan keputusan rayuan kes membabitkan pengasas parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Selasa.

Beliau berkata, penantian bagi mendapatkan keputusan tersebut bukan sahaja dirasai oleh Syed Saddiq, malah ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah mengharungi cabaran undang-undang itu sejak lebih enam tahun lalu.

"Secara jujurnya saya memang sangat kecewa kerana perkara ini bukan sesuatu yang baru sahaja kita tunggu. 

"Beliau (Syed Saddiq), keluarganya dan rakan-rakan telah melalui cabaran ini selama lebih enam tahun dan beliau sendiri telah menunggu lebih enam bulan untuk keputusan ini keluar," katanya kepada pemberita di luar mahkamah, di sini, pada Selasa.

Dalam mas sama, Amira menyuarakan harapan agar keputusan yang akan dijadualkan semula pada 13 Julai ini akan berpihak kepada Ahli Parlimen Muar itu.

Beliau turut menegaskan, MUDA akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan penuh kepada Syed Saddiq dalam menghadapi proses tersebut.

"MUDA kekal percaya kepadanya dan kami yakin bahawa keadilan akhirnya akan memihak kepada Syed Saddiq," katanya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan akhir pedakwaan terhadap Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta kepada 13 Julai ini.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais memaklumkan, prosiding pada Selasa tidak dapat diteruskan selepas salah seorang anggota panel iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tidak dapat menghadiri prosiding kerana sedang menjalani cuti sakit selama dua hari, iaitu hari ini dan Rabu.

Must Watch Video

Advertisement