Pemandu positif dadah disyaki punca dua remaja maut
Seorang lelaki berusia 28 tahun disahkan positif dadah selepas dipercayai menyebabkan kemalangan maut yang mengorbankan dua remaja perempuan di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan. Polis kini menjalankan siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.