Dewan Perwakilan AS lulus bajet pertahanan RM5 trilion
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan Rang Undang-Undang Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA) bagi tahun fiskal 2027 yang memperuntukkan perbelanjaan ketenteraan berjumlah 1.15 trilion dolar AS. Kelulusan dengan majoriti tipis itu mencetuskan perdebatan antara Republikan dan Demokrat berhubung keutamaan perbelanjaan negara, konflik Iran serta hubungan pertahanan dengan Israel.