MBI nafi dakwaan tular tulisan Cina dipasang bersama perkataan ‘IPOH’
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menafikan dakwaan tular di media sosial yang memaparkan tulisan bahasa Cina dipasang bersama perkataan ikonik “IPOH” di atas bukit berhampiran Jalan Kuala Kangsar, dan mengesahkan bahawa imej itu adalah palsu serta telah dimanipulasi.