Setiausaha, Bendahari ditahan, seleweng dana NGO RM5 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu yang memegang jawatan penting dalam sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan penyelewengan dana pertubuhan bernilai kira-kira lima juta ringgit.