Entah macam mana Allah takdirkan, saya jadi PM - Muhyiddin imbas detik teraju negara
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimbau detik beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan, dengan menyifatkan ia adalah ketentuan Tuhan. Menurut Muhyiddin, pelantikan itu membuka ruang untuk beliau memberi tumpuan lebih serius terhadap pelbagai isu membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).