Jika ada sokongan tambahan kepada BN, lebih baik - Zahid ulas kenyataan Hadi
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang pertambahan sokongan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini adalah sesuatu yang dialu-alukan, namun keputusan sebenar hanya akan ditentukan menerusi peti undi pada 11 Julai ini.
Mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa undi boleh diberikan kepada BN di kawasan yang tidak ditandingi parti itu, Zahid berkata, beliau tidak mahu mencampuri pendekatan parti berkenaan.