Penyandang, bekas ADUN tiga penggal pertaruh rekod di Sedili
Pertembungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili menyaksikan penyandang berdepan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu yang kembali bertanding selepas pernah mewakili kerusi berkenaan selama tiga penggal. Dalam pertarungan tiga penjuru ini, mereka memilih untuk mengetengahkan rekod pencapaian perkhidmatan dalam usaha meraih keyakinan pengundi.