Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menahan 208 pendatang asing tanpa izin menerusi 26 operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri itu. Operasi berkenaan melibatkan pemeriksaan ke atas 1,187 individu bagi membanteras kehadiran PATI dan penyalahgunaan kemudahan imigresen.