10 individu ditahan bersama dadah bernilai RM4.36 juta dalam tiga operasi di Johor.
Polis Johor berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 individu dan merampas 41.62 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai RM4.36 juta menerusi tiga operasi berasingan di daerah ini dan Batu Pahat dalam tempoh empat hari antara 11 hingga 14 Mei lepas.