Skip to main content

Malaysia

Talk To My Manager 2: Patut jadi peserta, anak Amyza Aznan terpaksa tarik diri - “Terima kasih sudi dengar nyanyian saya”

Juri tetap Talk To My Manager 2 (TTMM2), Datuk AC Mizal memuji persembahan khas daripada anak pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam._GEMPAK
Adrian Adam, anak kedua Amyza Aznan, membuat penampilan istimewa di pentas Talk To My Manager musim kedua walaupun bukan peserta program. - Gambar Gempak

SHAH ALAM: Suasana pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bertukar hiba apabila anak kedua kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam membuat penampilan istimewa di pentas tersebut.

Menurut Adrian, dia bersyukur kerana dapat hadir ke pentas tersebut meskipun tidak berpeluang menjadi peserta program tersebut.

"Saya nak minta doakan saya dan terima kasih sebab sudi dengar nyanyian saya. Terima kasih doakan saya dan harap teruskan doa untuk saya dan ibu," katanya.

Sementara itu, Amyza berkongsi keadaan kesihatan terkini anaknya yang sedang menjalani rawatan di hospital.

"Sekarang ni dia sedang dapat rawatan. Seterusnya,  baru boleh tau tumor dia akan kekal atau tersebar," ujar Amyza.

Sekadar info, Amyza pernah berkongsi berita sedih apabila Adrian disahkan menghidap kanser tulang pada bulan Ramadan ini.

Perkara tersebut mengulangi pengalaman pahit tahun lalu apabila anak sulungnya, Andre Mikhail, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. - Gempak

Must Watch Video