ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Julai 2026.
1. Malaysia tidak akan neutral dalam isu hak asasi, kedaulatan negara - PM
Malaysia menegaskan tidak akan mengambil sikap berkecuali atau neutral dalam perkara yang melibatkan hak asasi manusia sejagat serta kepentingan teras nasional, termasuk soal kedaulatan wilayah.
2. Parti Rafizi 'pemangkin' kerjasama BN-Pas untuk PRU16 - Penganalisis
Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyasarkan pengundi Pakatan Harapan yang marah dengan kerajaan MADANI untuk mengundi Parti Bersama disifatkan menjadi pemangkin kepada kecenderungan Barisan Nasional bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-16.
3. Legasi P. Ramlee terus dipelihara sebagai warisan negara, demi perpaduan - Aaron
Kerajaan komited memelihara dan memartabatkan legasi Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee sebagai khazanah warisan seni negara yang menjadi medium penting dalam memperkukuh perpaduan dan identiti nasional.
4. PRN Johor: 'Jika ada sokongan tambahan kepada BN, lebih baik' - Zahid ulas kenyataan Hadi
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang pertambahan sokongan termasuk daripada Pas kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini adalah sesuatu yang dialu-alukan.
5. PRN Johor: Dakwaan kempen BN 'suram' hanya tafsiran politik peribadi - Zahid
Dakwaan kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor "suram" yang ditimbulkan oleh pihak tertentu hanyalah mengikut tafsiran politik peribadi mereka dan tidak mencerminkan realiti sebenar di lapangan.
6. PRN Johor: ‘Serangan terhadap Onn Hafiz bukti beliau aset terbesar BN’ - Khairy
Serangan berterusan Pakatan Harapan (PH) terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan petanda bahawa beliau merupakan aset paling penting Barisan Nasional (BN).
7. Selangor catat KDNK bernilai RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada ekonomi Malaysia
Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi yang pesat pada 2025 dengan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berjumlah RM460.1 bilion, meningkat sebanyak RM28 bilion daripada angka pada tahun sebelumnya.
8. Pinda Akta Persaingan untuk tangani taktik baharu kartel, perkukuh kuasa MyCC - Armizan
Rang Undang-Undang (RUU) Persaingan (Pindaan) 2026 mencadangkan pengukuhan penguatkuasaan terhadap amalan antipersaingan susulan peningkatan penggunaan teknologi dalam aktiviti kartel dan penyalahgunaan kedudukan monopoli.
9. Kawalan sempadan terus diperkukuh susulan insiden letupan di Tak Bai - Adly
Kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand terus diperkukuh susulan kejadian letupan bom yang mencederakan dua rakyat Malaysia di Tak Bai, Narathiwat, Isnin lepas.
10. AS salur RM1 juta untuk projek restorasi Tugu Negara
Amerika Syarikat (AS) akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi projek restorasi Tugu Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia tahun depan.