Skip to main content

Gaya Hidup

Tune Talk Epik+ Family: Perisai digital untuk kanak-kanak

Epik Tune Talk
(Dari kiri) Pengurus Besar Pemasaran, Tune Talk, Jill Yeap; Ketua Pegawai Teknologi, Tune Talk, Jay Pandey; Ketua Pegawai Eksekutif, Tune Talk, Gurtaj Singh Padda; Ketua Pegawai Kewangan, Tune Talk, Sonia Ooi; Ketua Produk, Tune Talk, Nafis Nazri. - Foto Tune Talk

PETALING JAYA: Apabila internet menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kanak-kanak, cabaran ibu bapa hari ini bukan lagi sekadar mengawal masa skrin, tetapi memastikan anak-anak dilindungi daripada pelbagai risiko yang wujud di alam maya.

Sehubungan itu, Tune Talk memperkenalkan Epik+ Family Safe, pelan mudah alih keluarga pertama di Malaysia yang menawarkan kawalan ibu bapa terus pada peringkat rangkaian bagi membantu keluarga mengurus akses digital anak-anak dengan lebih mudah dan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Tune Talk, Gurtaj Singh Padda berkata, pendekatan itu berbeza daripada kawalan ibu bapa konvensional yang lazimnya memerlukan aplikasi khas dipasang pada peranti anak-anak.

Menurut beliau, melalui Epik+ Family Safe, kawalan dilaksanakan terus pada rangkaian mudah alih, sekali gus membolehkan ibu bapa menetapkan tahap perlindungan dengan hanya satu sentuhan tanpa perlu berdepan tetapan yang rumit.

“Kini kami memberikan kawalan kepada ibu bapa pada peringkat rangkaian.

“Mereka boleh mengawal akses secara automatik tanpa perlu bergantung kepada tetapan pada telefon anak-anak.

“Malah, ibu bapa juga boleh menyekat akses ke App Store atau Play Store. Semua kawalan ini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada majlis pelancaran Tune Talk Epik+ Family Safe di Petaling Jaya pada Khamis.
 

Image
Epik Tune Talk
Gurtaj menegaskan pelan itu sejajar dengan matlamat untuk menyediakan Internet selamat bagi pelbagai faktor usia. - Foto Tune Talk

Gurtaj berkata, pelancaran tersebut hadir ketika isu keselamatan kanak-kanak dalam talian semakin mendapat perhatian di Malaysia dan seluruh dunia, susulan peningkatan pelbagai ancaman digital yang dihadapi golongan muda.

“Isu ini telah menjadi perbincangan di seluruh Malaysia sejak dua hingga tiga tahun lalu, malah di peringkat global.

“Ancaman dalam talian semakin meningkat dari semasa ke semasa dan sukar untuk kita mengikuti setiap risiko yang muncul.

“Apa yang kami cuba lakukan adalah menyediakan satu saluran kepada ibu bapa untuk membantu melindungi anak-anak mereka.

“Pada akhirnya, semua ibu bapa mahukan anak-anak mereka selamat dan ini adalah langkah pertama ke arah itu,” ujarnya.

Pelancaran itu turut disokong dapatan Tinjauan Family Digital Confidence Tune Talk yang mendapati hampir satu daripada dua ibu bapa di Malaysia meletakkan akses kepada kandungan tidak sesuai mengikut umur sebagai kebimbangan utama mereka.
 

Image
Epik Tune Talk
(Dari kiri) Daphne Iking (Moderator); Jill Yeap (Pengurus Besar Pemasaran, Tune Talk); Dr. Say Shazril (Doktor dan Pencipta Kandungan); Fhais Salim (Jurulatih Keibubapaan Bertauliah) ketika Sesi perbincangan panel bertajuk "Keibubapaan dalam Era Digital". - Foto Tune Talk

Tinjauan yang melibatkan 378 ibu bapa itu juga mendapati lebih tiga daripada lima ibu bapa masih kurang yakin mengurus penggunaan internet dan telefon pintar anak-anak.

Pelan prabayar bernilai RM80 sebulan itu didatangkan dengan satu talian ibu bapa dan satu talian anak, 700GB data berkelajuan tinggi tanpa had penggunaan wajar (FUP), perlindungan insurans kemalangan diri sehingga RM500,000 serta ciri kawalan ibu bapa bersepadu pada peringkat rangkaian.

Pengguna juga boleh memilih tiga tahap perlindungan iaitu rendah, sederhana atau tinggi bagi menyekat akses kepada sehingga 56 kategori kandungan mengikut kesesuaian usia dan tahap kematangan anak.

Epik+ Family Safe kini boleh didapati menerusi aplikasi Tune Talk, laman web rasmi Tune Talk dan kedai runcit Tune Talk di seluruh negara.
 

Image
Epik Tune Talk
Sesi demonstrasi oleh Ketua Produk Tune Talk, Nafis Nazri menyaksikan kemudahan penggunaan pelan Epik+ Family Safe. - Foto Tune Talk

Untuk maklumat lanjut, layari www.tunetalk.com 

Must Watch Video

Advertisement