Skip to main content

Berita

Tinjauan Ekonomi: Lebih satu pertiga graduan bekerja di bawah tahap kelayakan

61697681963_Graduan.jpg
OECD mengesyorkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan sektor industri diperkukuh. -Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Lebih satu pertiga graduan institusi pengajian tinggi di Malaysia bekerja dalam pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan atau kemahiran dimiliki, menurut Tinjauan Ekonomi Malaysia Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Dapatan tinjauan itu sekali gus mencerminkan isu ketidakpadanan kemahiran yang masih membelenggu pasaran buruh negara.

"Keadaan itu turut menyumbang kepada penurunan kadar enrolmen di institusi pengajian tinggi apabila semakin ramai lepasan sekolah melihat prospek pekerjaan graduan yang kurang memberangsangkan," kata laporan itu.

Sehubungan itu, OECD mengesyorkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan sektor industri diperkukuh, termasuk membabitkan majikan dalam pembangunan kurikulum bagi memastikan kemahiran yang diajar memenuhi keperluan semasa pasaran pekerjaan.

Menurut laporan itu, langkah berkenaan penting bagi mengurangkan ketidakpadanan kemahiran serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Pada masa sama, OECD berpandangan universiti awam perlu diberikan autonomi dan akauntabiliti yang lebih besar, termasuk dalam aspek pelantikan pengurusan serta tadbir urus institusi.

Katanya, autonomi yang lebih luas akan membolehkan universiti bertindak lebih pantas menyesuaikan program akademik, penyelidikan dan latihan dengan perubahan keperluan industri, sekali gus meningkatkan kualiti graduan dan daya saing ekonomi negara.

 

Must Watch Video

Advertisement