Skip to main content

Teknologi

Wau Animation sahkan siri animasi baharu 'Gelecek' sedang dibangunkan

Sumber: AMANZ
Pengumuman mengenai siri yang mula diperkenalkan kepada peminat sejak dua tahun lalu itu dibuat menerusi video acah terbaharu yang memaparkan secara ringkas reka bentuk visual animasi berkenaan. -Foto Amanz

CYBERJAYA: Studio animasi tempatan, Wau Animation, mengesahkan siri animasi baharu terbitannya berjudul "Gelecek" kini sedang dalam pembangunan, lapor Amanz.

Pengumuman mengenai siri yang mula diperkenalkan kepada peminat sejak dua tahun lalu itu dibuat menerusi video acah terbaharu yang memaparkan secara ringkas reka bentuk visual animasi berkenaan.

Siri animasi bertemakan bola sepak itu dikongsikan kepada umum semalam menjelang perlawanan akhir Piala Dunia 2026.

Bagaimanapun, studio yang terkenal menerusi francais "Ejen Ali" itu masih belum mengumumkan tarikh tayangan rasmi bagi siri tersebut.

Perkembangan terbaharu berkenaan menerima reaksi positif daripada peminat animasi tempatan yang memuji kualiti visual yang ditampilkan dalam video acah berkenaan.

Selain "Gelecek", Wau Animation yang ditubuhkan pada 2013 turut dilaporkan sedang mengusahakan satu lagi projek animasi adaptasi novel grafik berjudul "Nirnama".

 

Must Watch Video

Advertisement