Skip to main content

Sukan

Piala Dunia: Switzerland tewaskan Algeria 2-0, mara ke pusingan 16

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Round of 32 - Switzerland v Algeria - BC Place, Vancouver, Canada - July 2, 2026 Switzerland's Ricardo Rodriguez and Ruben Vargas celebrate after the match with teammates REUTERS/Agustin Marcarian
Switzerland akan berdepan pemenang pertembungan pada Jumaat antara Colombia dan Ghana dalam usaha untuk mara ke suku akhir. - Foto Reuters

VANCOUVER: Switzerland meraih kemenangan pertama mereka dalam perlawanan kalah mati Piala Dunia dalam tempoh 88 tahun, menewaskan Algeria 2-0 untuk mara ke pusingan 16 terakhir kejohanan tahun ini, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Mereka akan berdepan pemenang pertembungan pada Jumaat antara Colombia dan Ghana dalam usaha untuk mara ke suku akhir buat kali pertama sejak kejohanan di tempat sendiri pada 1954.

Switzerland mendahului pada minit ke-10 menerusi Breel Embolo hasil usaha keras Johan Manzambi.

Pemain tengah Freiburg itu memecut ke dalam kotak penalti dan menewaskan pemain pertahanan sebelum mengawal bola dan mendorong kembali ke Embolo untuk melakukan jaringan dari jarak dekat.

Selepas rehat, Switzerland hanya memerlukan 48 saat untuk memperoleh satu lagi gol,mdengan bantuan yang amat dialu-alukan daripada pihak lawan.

Algeria dua kali gagal mengeluarkan bola daripada kawasan penalti selepas hantaran silang Denis Zakaria. Bola akhirnya menemui Dan Ndoye, yang mengemudi rembatan rendah ke sudut bawah.

Fabian Rieder berpeluang menambah gol ketiga pada minit ke-81, bagaimananpun beliau gagal menyempurnakan peluang dari jarak dekat dan dengan penjaga gol Luca Zidane telah pun merebahkan badan di padang.

Rieder menyelinap di belakang pertahanan Algeria, tetapi percubaannya melantun ke dalam pelukan Zidane sebelum ditepis.

-- BERNAMA-dpa 

 

Must Watch Video

Advertisement